JOM LAYAN......YEZERZZZZ!!

Pages

Wednesday, January 5, 2011

Khasiat Daun Sirih Kepada Wanita

Haaa...N3 i hari ni mengenai khasiat daun sirih kepada kaum hawa ok...meh rapat-rapat sikit..i nak share sikit pengetahuan dan amalan yang nenek i wariskan dulu..(no..no..no..wariskan benda baik je ok..yang tak baik tak mau...ulang lagi sekali..angkat jari telunjuk dan goyangkan kekiri dan kanan dan katakan TAK MAU)

U all taw tak bahawa sirih atau nama saitifiknya Piper Batle mempunyai komponen-komponen aktif semulajadi yang banyak khasiatnya dalam kesihatan.Daun Sirih ni juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria, dan kulat.

Ni petua untuk menghilangkan bau di daerah sensitif wanita iaitu...???..shuu...rahsia taw..(???=vagina)sekiranya u all mengalami masalah bau yang tidak menyenangkan di bahagian sulit u all tu bolehlah mengamalkan membasuh alat sulit u all dengan air rebusan daun sirih setiap kali selepas membuang air kecil yer..caranya mudah je...petik beberapa helai daun sirih lebih kurang 15 helai dan bersihkan.Kemudian ramaskan daun sirih tu bersama air dan masukkan 3 sudu teh garam ke dalam air rebusan tersebut dan didihkan sehingga air menggelegak..setelah air rebusan tadi menjadi suam then boleh la buat experiment ye...ini amat berkesan untuk u all yang mengalami masalah keputihan yang havy taw..seriusly..try la..insyaallah dapat membantu..

Ni petua untuk menghilangkan bau jugak.tapi bukan bau alat sulit tapi bau pernafasan. Istilah lain bau mulut k. Bau mulut ni biasanya terjadi di bulan puasa atau terjadi kepada individu yang mengalami masalah susah untuk buang air besar..Ohh no...katakan TAK MAU pada mulut berbau puaka@longkang@septik tank..no..no..no..(angkat jari telunjuk lagi sekali dan goyangkan kekiri, kekanan perlahan-lahan dan katakan TAK MAU pada mulut berbau) Sekiranya u all rasakan diri u all berada di situasi ini, u all boleh amalkan dengan berkumur segelas air ramasan daun sirih setiap pagi selepas bangun tidur atau sebelum tidur..Sure nafas u all segar seperti iklan Double Mint Gum"tiada lagi nafas berbau"(T____T)

Petua Menghilangkan bau lagi ni.Banyak betul bau tak menyenangkan..try angkat tangan kanan dan kiri u all dan bau..ada bau ketiak tak??of course kita tak taw kan sebab da sebati ngan deria bau kita..panggil orang sebelah u jap..tanya dia dan mintak dia buat pengakuan iklas sepanjang dia berjalan atau berada dekat dengan u dia ada bau yang tak menyenangkan tak..Iklas taw..tapi jangan la terasa plak kalo da orang tu jujur cakap badan u tu berbau..tu kan kebaikan untuk u jugak..Sekiranya dia cakap(hmm...sambil dahi kerut-kerut serbasalah nak buat pengakuan "ada...ada..hmm...ada la bau sikit")jangan kecil hati or putus kawan plak..jom cuba petua ni..ambil beberapa helai daun sirih rebus bersama 3 gelas air...rebus sampai air tu tinggal agak-agak 1 gelas dan biarkan suam.setelah suam minum k..setiap malam sebelum tidur..dalam beberapa minggu pegi balik kat orang yang buat pengakuan iklas sebelum ni dan suruh dia buat pengakuan lagi sekali...sure dia cakap "eyh u...da tak de bau la..wangi..."dengan penuh iklas..cam ne nak taw dia iklas ke tak??air muka iklas dan tak iklas berbeza taw...kalo hati u rasa dia iklas memang iklas la tu..

Kulit muka berminyak??OHhh noooo....kulit bwajah berminyak mengundang musuh nombor satu wanita taw.."JERAWAT"..(musuh la tu kan..da la datang serbu tak bagi salam,dah tu pegi tinggalkan parut lak) Sekiranya u all mengalami masalah kulit muka berminyak,amalkan membasuh muka dengan air ramasan daun sirih atau tumbuk daun sirih sehingga lumat dan dicampurkan bersama bedak sejuk dan pakai sebelum tidur.selain dapat meneutralkan kulit wajah u all tu ia juga dapat menyerikan wajah taw..sebelum pakai selawat 3x eyh..

Sekiranya u all selalu sangat Sakit kepala (Migraine) meh cuba petua ni..ramas daun sirih dan air ramsan tu u all basahkan ke kepala..macam basahkan ke kepala orang demam tu..petua ni dapat meredakan sakit..if tak berkesan eloklah berjumpa doktor atau yang lebih pakar...i ni tak pakar tapi itu semua petua dari nenek moyang yang da makan garam berkilo-kilo dari kita..(>_<) Selain dari petua-petua yang u all baca kat ats tu, sirih juga boleh melebatkan bulu kening taw..so kepada u all yang bulu kening tak berapa nak ada tu bolehlah ambil sehelai daun sirih dan lumatkan di tapak tangan anda dengan campur sedikit air dan gunakan kapas telinga tu dan bentukan di kening u all k..petua ni juga boleh di letakkan kepada anak-anak kecil u all yang bulu kening tak berapa lebat tu...Kepada kaum ibu yang baru bersalin pulak, daun sirih juga boleh menghilangkan kembung perut bayi.Sekiranya bayi u all meragam disebabkan kembung perut, bolehlah try petua ni k..ambil beberapa helai daun sirih dan salaikan daun sirih tu di atas api lilin atau arang dan tuamkan ke perut bayi u all k..pastikan daun tu suam taw..t tak pasal-pasal melecur pulak perut bayi tu...insyaallah bayi u all akan lebih selesa dan tak meragam lagi..

~SELAMAT MENCUBA~da cuba nanti sila lah comment yer...sebarkan ilmu yang kita belajar hari ini kerana insyaallah kita akan mendapat ilmu yang berlipat kali ganda dari ilmu yang kita sebarkan tu..insyaallah...amin..